Oh Assalammualaikum .
Okay fine . Jumaat dah pergi IKEA . Semalam Carefour then hari ni serious rasa malas nak gosok tudung nak keluar . Hehe . Ohhh tapi ayah ada hutang jeans xD Alhamdullilah , rezeki namanya tu .
Okay fine, nothing nak bincangkan . Hanya sekadar sesi meluangkan masa bersama korang .
*Eceh macam ada orang baca laa pulak blog kau Atiqa* Haaa ? Takda ke ? Okay, takpa . *Redha-.- Haha tolonglaaah stop . Oh yaa Alhamdullilah , maksu dah selamat sampai kampung . And tadi chat dengan Aisyah, dia kata family beliau balik kampung esok until raya keempat then have to go to Kedah sebab ada wedding . Haha janji aku dapat jumpa budak kecik dua orang tu dah cukup bagus . Hmm . Raya ? Itu laa tadi had a tour around blogger, boleh kata 9/10 bloggers dah update story about Aidilfitri . Okay fine, penulis bukan taknak update pasal Aidilfitri , cuma takda idea nak cakap pasal apa . :) Hmm . Tadi time penulis take a nap after Zohor . Penulis mimpi penulis pakai baju pengantin *APAKAH? Itu pelik . Yelah sejak Achik bagi restu nih xD Haha *yang tu lawak . Tak ? OKAY FINE . ==' Homework still bergerak hanya sekadar seinci dua itu pun tak dibuat sepenuh hati . Haih bila nak berubah ni Atiqa . Ohhhh tadi petang serious macam perang dekat dapur . Main masak masak dengan ibu *err masak betul betul Menu hari ni ? NASI LEMAK SAMBAL SOTONG . Alhamdullilah . Then , after buka, ayah ada bagi satu statement ;
"Ika, UPSR, budak luar bandar dengan kurang mampu akan senang SBP walaupun dapat 4A atau 3A je :)"
Ohhhhhhhhhh ! Setuju ? Secara keprihatinannya , ya penulis pun setuju . Tetapi dari segi keadilan , penulis geleng geleng kepala . Apa ? TAK ! PENULIS TAK KEJAM ! Cuma cuba fikirkan , budak pandai dekat Malaysia ni ramai , bukan 20 or 30 orang tapi beratus ribu . Kuota pengambilan SBP terhad kan , then kalau keistimewaan diberikan kepada pelajar 3A atau 4A daripada kawasan luar bandar ataupun golongan pelajar yang kurang berkemampuan, macam mana dengan hak pelajar pelajar middle and upper class yang dapat straight ? Mana nak tempatkan diorang . Apakata, kalau ikut penulis laa kan . ADIL . FAIR, pengambilan ke SBP hanya berlandaskan keputusan bukan status kehidupan . Sebab, tak semua pelajar luar bandar tak boleh dapat straight . Keistimewaan ni pun seolah olah menunjukkan yang pelajar luar bandar susah nak dapat straight . Okay let see, Nik Nur Madihah dari mana ? Kelantan kan . Senang sangat ke dia ? Tak . Boleh baca buku pasal dia . Nik Nur Madihah tak harapkan keistimewaan pun nak belajar . So , same goes to others . Eh eh , penulis tak marah so lepas ni jangan nak banned penulis pula . :) *PEACE Haha . But seriously , ada sorang kawan penulis apply satu sekolah SBP dekat area Cyberjaya . Tak dapat . Yaa so that memang dia takda rezeki nak masuk situ, but still imagine berapa ramai anak loaded masuk sini dengan menggunakan khidmat CABLE BESAR . Itu maksud penulis .Kesal la jugak . Penulis dah takda big issues dah dengan benda benda ni, sebab penulis dah cukup bersyukur ditawarkan ke Science Muar Royal Academy with keredhaan Allah dan effort penulis dan sokongan insan insan tersayang di sekitar penulis, tapi serious kesian dekat yang tak bernasib baik .
P/s: Penulis yang taknak masuk SBP, dapat. Yang gila gila nak masuk SBP, tak dapat . Hm, TAKDIR
ALLAH
No comments:
Post a Comment