ASSALAMMUALAIKUM (:
Haih , semakin lama cuti semakin liat penulis nak disiplinkan diri dengan segala jadual yang kononnya penulis buat haritu . Segalam macam dugaan yang menarik datang bertandang tanpa rasa belas kasihan terhadap penulis . Nurul Syahirah dan Ashman telah berjaya melepasi SPM dengan girangnya dan hanya menunggu keputusan yang bakal keluar tahun depan, yang pasti sudah sepastinya memuaskan hati (: InsyaAllah . Penulis sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka . Penulis tak lupa mendoakan diri penulis dan orang orang yang tersayang agar sentiasa dilindungi Allah dari segala marabahaya serta sentiasa berada di bawah perlindunganNya . Amin :) Nampaknya tahun depan bakal menentukan segala galanya . Adakah penulis masih mampu mempertahankan rekod straight As yang penulis dapat sejak UPSR dan PMR atau sebaliknya . SubhanaAllah . Allah if totally fair . Dia tahu apa yang terbaik untuk penulis . Dan penulis hanya akan terus berusaha dengan gigih dan bertawakal , serahkan semuanya kepadaNya . Berdebar ? For sure la . Tipu sangat tu kalau penulis kata yang tiada sekelumit pun perasaan takut dalam hati penulis . Ibu selalu cakap , setiap orang akan berasa takut akan masa depan, tapi still , masih ada yang mampu berjaya . Mengapa ? Kerana terpulang kepada seseorang individu untuk tafsirkan rasa takut itu kepada medium lain yang mampu menyuntik semangat .
Haha okay jangan pelik penulis punya entry macam agak serious kali ini . :D
P/s : Ramai yang tak tahu , penulis suka tulis entry dalam satu perenggan sahaja sebab penulis ni kalau start perenggan baru , SEMUA IDEA HILANG (:
No comments:
Post a Comment