"Okay ke penulis sekarang ?"
Assalammualaikum . KFINE selama ni penulis mungkin cuba yang terbaik untuk sembunyikan semua rasa hati . Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang penulis rasa . Siapa yang tak terasa bila kehilangan separuh nyawa dia ? Penulis rindu , rindu dan sangat rindu . Ibu orang yang paling rapat dengan penulis . Semua perkara penulis cerita dekat ibu dan tiada rahsia . Kata penulis tak sedih ? Apa hak anda ? Kata penulis tak rindu ? Anda boleh nampak rindu ? Jadi kurangkanlah anggapan anggapan tu sebab Allah tahu apa yang penulis rasa sekarang . Kalau ikutkan hati , penulis nak je terguling guling jerit nama ibu , menangis, teriak meraung merapu dan sebagainya . Tetapi kita ada agama yang mengajar kita untuk terus jadi sabar dan tabah kerana sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya melainkan Dia tahu hambanya itu mampu melalui ujianNya. Kan ? Jadi buat apa penulis nak tunjukkan emosi yang melampau sedangkan kita tahu dan sedar, emosi itu takkan dapat mengubah kenyataan yang penulis dah takda ibu .
#Faham kan maksud penulis ?
Ini semua ketentuan ilahi.. Allah tahu yg terbaik utk hambaNya.. Bkn skrg, just one day, kita akn tahu apa hikmah di sebalik semua yg terjadi.. Be the best of you, dunia dan akhirat, becoz thats what ur mom always wanted.. Alrite? Abg doakan yg terbaik, insyaAllah..
ReplyDelete