July 22, 2012

Ahlan Wasahlan

Assalammuaikum

Tadi baru menjelajah blog blog orang and penulis rasa amat rendah diri sebab blog penulis lama sangat tak upload . Oh , Salam Ramadhan Al Mubarak. Alhamdullilah usai sudah hari pertama bulan barakah ni . Kan ? Best berbuka ? Haha . Nyamm .

Okay fine how fine am I now ? Entahlah . Manusia mana yang takda masalah . Ohh hari ni otak penulis sangat segar tak macam semalam . Semalam balik terawikh je terus 'BOOM' tidur .-.- And alhamdullilah dah dapat selesaikan tarawikh for 2 malam . Tak kira berapa rakaatlahkan, asalkan kita sama sama rebut pahala dan keberkatan solat tarawikh , Oh tak silap penulis fadhilat tarawikh untuk malam pertama ialah ;

" Diampuni dosa orang orang berimansebagaimana keadaanya baru dilahirkan "

And Alhamdullilah , malam ni penulis dapat laksanakan solat tarawikh, fadhilat untuk malam kedua ;

" Diampuni dosa orang orang beriman yang mengerjakan solat tarawikh serta dosa kedua dua ibubapanya "

Apa bezanya Ramadhan kali ini ? Banyak . First time Ramadhan tanpa ibu . SubhanaAllah , Allah Maha Besar kan . Siapa yang sangka, tahun lepas adalah tahun terakhir ibu menjalani Ramadhan . Rindu , mestilah rindu . Tahun ni Makngah yang kejut sahur . 

" Bila ibu dah takda, benda yang paling penulis rindu adalah wajah ibu "

Tetapi yang dah pergi, tetap pergi . Penulis masih ada ayah . 

ERR, dah KRIKKRIK idea . Okay lah chao . 

Selamat menjalani Ramadhan Al Mubarak . Nikmati Bulan Barakah ini sebaiknya kerana siapa tahu ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita :)

ASSALAMMUALAIKUM


No comments:

Post a Comment