December 31, 2012

Selamat tinggal, 2012 :)

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulillah . Nampaknya 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya. Banyak suka dan duka, ups and downs yang penulis lalui. Penulis percaya, bukan penulis sahaja yang mengalami naik dan turun tahun ini, tapi anda anda anda dan anda pun begitu bukan ? :) Well, lumrah kehidupan. Apa orang kata? Kehidupan ini umpama roda, kadang - kadang kita di atas, dan kadang - kadang kita di bawah. Quote lame? KESAH? *Peace

Actually dah lama nak update entry akhir tahun ni, tapi sekarang baru ada mood. Entah dah berapa lama entry ni tersadai dekat draft, haha baru hari ni publish.

Tahun 2012 adalah satu tahun yang susah untuk penulis tinggalkan. Tahun yang banyak membawa senyuman juga tangisan dalam hidup penulis. Tahun yang sebenarnya dipenuhi dengan kontroversi sepanjang zaman. Tahun yang penuh dengan kesengsaraan bagi sesetengah penduduk dunia. Today, penulis hanya petik a few of events yang penulis rasa menarik untuk dikongsi.

SAMURA, NAMAMU SENTIASA TERJULANG.

Hm, cerita mula mula mestilah pasal sekolah tercinta. Haha tercinta sangat keee? :D Kfine. Jauh di sudut hati penulis, penulis sayangkan SAMURA. Bukan bangunan bangunan tetapi insan insan istimewa yang ada dalam SAMURA. Termasuk pak guard, aunty Mery, makcik basikal tu, Kak Na, haha semua semua la. Kalau nak tahu la kan, dekat SAMURA ada satu habit, students mesti lapar sepanjang masa. Bukanlah lapar kebulur, tapi mulut tu mesti nak kunyah kunyah. Kelakar. Bayangkan, asal mengantuk bukan minum, tapi makan. Kitaorang ada nasi lemak Ustazah Siti Nor, nasi lemak ASPURA, putrimart and for putramart, koop, kantin ala ala cafe, Kak Na dengan air bubble, Abe jual roti John. Haha cakap jelah kau nak apa, InshaAllah ada dekat SAMURA (: Haha tapi kebahagiaan penulis dekat SAMURA bukanlah sebab makanan, haha tapi sebab kawan-kawan. Tak perlu nak cerita semuanya sebab pada penulis, biar penulis dan pihak yang terlibat tahu tentang apa yang terjadi dekat SAMURA. Hikhik ^^ Yang paling penulis tak boleh lupa, sesi minta maaf dekat Dinamik malam before paper BM. Menangis segala bagai. Dan malam itu jugak, penulis dapat pesanan dari PKT tentang seseorang. (CET KAU, APASAL TAK CAKAP DEKAT AKU TERUS? xD) Apa dia? Haha biarlah rahsia , eceeeeeeeh :)

HKSBP KE 39, STAR, IPOH, PERAK. (BAHAS)

Okay yang ni sangat comel. Start ni penulis ramai dengan beberapa form 4 . AMIR KHALIS, budak ni memang gila. Satu kepala dengan penulis. Haha dia bab gaduh mulut memang terror. Yang penulis tak boleh lupa, dia yang bagi keyakinan dekat penulis untuk start berbahas. Time tu kiteorang dah decide position untuk HKSBP, penulis amik position Perdana Menteri/Ketua Pembangkang sebab penulis takut takda idea nak belasah cakap orang. KHALISHA, sangat mengambil berat. Text, kata-kata menarik, cara nak jawab izin laluan semua dia bagi. Team kitaorang ada kelebihan masing masing. Cikgu Massu ada cakap dekat penulis tentang team sebab penulis ketua. Ingat lagi, Madam Massu cakap, yang penulis tenang. Amir Khalis, pandai menarik perhatian dan bermain dengan emosi pihak lawan, Aimi pula banyak fakta dalam kepala dia and Fatin Hafiza seorang yang berfikiran jauh. So we are so complete time tu. Just maybe belum ada rezeki SAMURA nak sampai final sebab banyak lagi yang kami kena belajar. Pengalaman pun tak banyak. Hihi, start next year penulis akan datang sekolah untuk train diorang bahas. Penulis dengan Afi nak diorang rasa atleast sampai Quarter tahun ni. Itu janji penulis. InshaAllah (:

BUDIMAN

Entah macam mana, penulis jadi PKR BUDIMAN 2012. Entah macam mana pula,penulis kena bekerja dengan NAQIB, KR BUDIMAN 2012 yang sebelum ni penulis tak pernah lalu sebelah pun. Ceh metaphore. Haha. Tapi macam tu. Walaubagaimana pun, we did a great job. Lepas penulis pegang post as PKR, penulis tanamkan satu misi yang paling penting. Penulis nak sangat kurangkan gap between form four dengan form five and Alhamdulillah, penulis rasa penulis dah berjaya. Budiman banyak terlibat dengan masalah disiplin jugak, but still dapat SAHSIAH TERBAIK. Haha. Rezeki. Penulis cuba jadi kakak untuk form four, bukan senior. Faham kan perbezaan itu? Penulis juga try untuk sentiasa turun padang, bukan hanya pandang pandang. Sampai kadangkadang takda masa untuk diri sendiri. Tak kisahlah, penulis puas. Penulis puas dengan apa yang penulis dah buat. Menang kalah, tak kisah. Yang penting, bak kata KR, "UNITY IS PRIORITY"
Goodluck BUDIMAN 2013

DINAMIK

Sayang penulis pada mereka, sampai bila bila. Only memories can actually replace words to describe them. :) Time ni juga penulis start kenal a few super senior. EVEN SUPER DUPER SENIOR pun ada. Haha. Penulis pun ada consultant terhormat sejak program DINAMIK dengan alumni. Haha . Best of luck for ABANGJIM, ABANGOMAR, KAKIMAN & FAUZAIEN :) Thankyou :)

DRIVING xD
Haha penulis dah ada lesen L. HOHO, dapat L dah melompat lompat segala bagai, apatah lagi kalau dah dapat lesen nanti. Haha (: Wish me luck ;)

Semuanya happy? Tak semua perkara yang terjadi time 2012 happy :) Yang tak happy , penulis simpan dulu. Tak perlu dikenang perkara yang boleh mendatangkan kesulitan pada diri kita kan, so takpayah conclude kan perkara sedihsedih lah xD

Eh , esok start entri for 2013. Maknanya, blog penulis nak masuk 2 tahun dah. Hihi ^^
Blog ni banyak mananya pada diri penulis. Blog ni yang mendekatkan penulis pada mereka yang jauh.

Selamat menjadi dewasa, 2012. Selamat hari Lahir, 2013 :)

ASSALAMMUALAIKUM :)

No comments:

Post a Comment