February 17, 2013

Valentine Day

Assalammualaikum :)

Okay hari ini berapa hari bulan ? Okay go go, pergi check kalendar masing masing :D Yeah yeah, penulis tahu, hari ini 17 Februari 2013 :)

So, penulis again tengah go through a few pages, and tiba tiba mata ini tertancap pada topik 'SEJARAH HARI KEKASIH" (mulut terlopong)

"Kau ni lambatlah. Dah lama dah habis Valentine tu"

"Slow ah kau"

Tak up to date lah kau"

Daaaa so what? Bukankah tahun depan pun ada juga Valentine? So, kalau post penulis ni tak dapat membantu menegah masyarakat daripada menyambut Valentine this year, mungkin mana tahu boleh tegah yang tahun depan. Lagipun, MANUSIA MUDAH LUPA :)

So for those yang taknak baca, penulis tak paksa. Entry ini hanya untuk yang betul betul nak tahu :3'

Okay sebelum hati mula berbunga bunga menyambut hari yang kononnya penuh dengan kasih sayang ni, better korang check dulu, mana asal usul hari ini. Boleh? Dapat tak? Haa kalau tak dapat, sila teruskan membaca :)

Let's read the sejarah about Valentine's Day :3

"Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan  dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!

Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi"

Sumber ; iluvislam.com

So ? Terbuka mata? Terbuka minda ? InshaAllah . Moga perkongsian ringkas tentang Valentine's Day ini mampu untuk menyedarkan kita semua. Penulis bukan nak tunjuk pandai, tapi in the same time penulis juga turut muhasabah diri penulis untuk tidak menyambut Hari Kekasih ini. Okay ? (kenyit mata)

P/s : Boyprend hilang tak jumpa jumpa sampai sekarang :3

Semoga berjumpa lagi, haha :) BYE

UNTUK ADIK ADIK SAMURA YANG BALIK HARI INI, SELAMAT PULANG :3
 

No comments:

Post a Comment