Assalammualaikum. Okay actually kitaaaaaaa baru tidur area pukul 1 lebih tadi. Memang plan nak tidur kejap je and bangun pukul empat. I still need to settle a few final paragraphs for the essay Ive been working on for some scholarship's application. Wish me luccck ! Haha succeed with a lot of hardness. Trust me nak bukak mata pagi pagi yang sejuk dan dingin disaat semua sedang diulit mimpi ni bukan senang :)
Then mengantuk gila weh. Then jalan jalan dekat Youtube. Haha jalan jalan sangat. Well. Suddenly teringat lagu Tasha Manshahar yang Syamimi Alia nyanyi dekat WeChat kelmarin. Comel gila lagu dia.
Bila orang tanya penulis pasal future partner ni, haih susah sikitlah penulis nak jawab kan. Pada penulis simple, umur umur macam penulis ni masih belum layak untuk cerita pasal hidup berpasangan. Yelah. Tempat dekat U pun belum tentu lagi, dah nak sembang pasal kahwin, couple, cinta and etc. Yes! Perasaan itu fitrah tapi bukankah fitrah itu sesuatu yang boleh dikawal. Tipulah penulis tak tertarik hati dengan sesiapa kan, tapi macam penulis cakap tadi, it is still too early.
Penulis ada minat dengan seorang ni. Haha serious tak tipu. Kitaorang dah kawan area dua tahun macam tu lah. Haha tapi serious honestly penulis tak harapkan apa apa dari dia. Berkawan dan kenal dulu dia sedalam yang mungkin. Simple kan. No heart feelings. Bila takda perasaan yang pelbagai macam ni, then lagi selesa untuk kita berkawan. Trust me, sangat awal.
So bila masa yang sesuai? Hmm. Penulis akan start fikir pasal semua semua ni, bila penulis dah mampu sara diri sendiri and most importantly bila penulis dah mampu bagi ayah duit belanja. Bila penulis dah ada kerjaya, dah boleh urus diri sendiri, dah boleh masak tanpa buku resepi, dah rajin kemas rumah, basuh baju, kemas dapur, menyapu, lap tingkap, bangun awal dengan KONSISTEN then only penulis rasa penulis layak untuk memikirkan ke tahap hidup berpasangan.
Haha kadang kadang dengan Achik penulis selalu juga bergurau gatal gatal nak kahwin lah apa lah, tapi hakikatnya penulis sedar akan tanggungjawab yang mendatang. Well, banyakkan tanggungjawab.
Tapi tapi tapi, penulis tak kecam individu yang dah kahwin area umur 18, 19 and 20. Penulis respect dengan diorang, sebab mampu pikul tanggungjawab yang sangat berat ni.
Kadang kadang penulis terbayang, acanne kalau kita dah berjanji sehidup semati dengan seseorang sekarang then bila dekat U or study abroad nanti kita jumpa someone yang lebih better than him/her. Apa jadi dengan janji yang kita dah buat tu? Biarkan? Lupakan? Hmm kejam kot camtu. So, jangan mengharap dan jangan bagi harapan.
Adik adik yang masih sekolah, trust me, your love is going nowhere. Mungkin ada lah sangkut sikit sikit, tapi taksalahkan kalau fokus dengan pelajaran adik adik. Haha dengarlah cakap akak yang baru habis sekolah ni. Tangguhkan dulu semua tu. Jangan risau, lagipun Allah dah tetapkan jodoh kita semua di Luh Mahfuz. Sebesar mana pun janji kita dengan him/her, kalau itu bukan jodoh kita, tak jadi jugakkan. Just saying.
Penulis taknak sentuh dari aspek hukum agama sebab penulis juga tak sempurna. Penulis yakin semua sedia maklum akan hukum berpasangan tanpa ikatan pernikahan. Kalau belum tahu, rajin lah Google okay adik adik, abang kakak kawan kawan makcik makcik.
Bercinta selepas nikah? Haha itulah sweet. Baru best ! *lompatlompat* Haha eksaited pulak aku xD
Okaylah, penulis nak habiskan essay so then tidur penulis esok takkan terganggu lagi.
Renung renungkan.
Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk juga datang daripadaNya tetapi disandarkan pada penulis untuk renungan semua.
*lambai lambai*
No comments:
Post a Comment