April 09, 2013

Tips #1

TIPS TIPS MENANGANI KAWAN-KAWAN YANG PANAS BARAN

Okat so this is the very first tip posted. Haha sila tepuk untuk aku please :P Okay (itu gurau)

So apakah tips yang bakal penulis paparkan buat kali pertama ni? :O
*dupdapdupdap

Haha pernah ada kawan kawan yang panas baran? Haha aku ada banyak kawan yang panas baran. Kadang kadang mereka ni agak merisaukan aku. Kfine, sebenarnya sangat merisaukan xD Haha jangan marah kawan kawan yang berkaitan. Eventhough you are so panas baran, I can't stop myself from loving you. *malu*

Okay so here's some tips on how to face this type of friends.

1. Mendiamkan diri
Oh please jangan pernah cuba untuk menjadi hero dengan approach mereka ketika mereka sedang marah. Sebab kalau anda cuba untuk menjadi superman, spiderman or even cicakman masa mereka yang panas baran ni tengah marah, penulis khuatir anda akan bertukar menjadi semut sebab ketakutan. Haha. Maksud penulis, lebih baik berdiam diri semasa mereka sedang marah. Jangan cuba untuk menjawab atau menjelaskan tentang sesuatu. Ini adalah kerana, ketika mereka sedang marah, jarang sekali untuk mereka dengar apa yang kita katakan.

2. Kenal pasti punca
Kalau kawan kawan korang marah, cuba untuk kenal pasti perkara yang menjadi punca kemarahan mereka. Try to be rasional and accepts their likes and dislikes. Daaaaan, pada masa hadapan, cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi perkara yang tidak mereka sukai.

"Alaaaa, kadang kadang benda kecik je pun. Tu pun nak gebang marah marah. Takkan aku jugak nak beralah"

Guys and girls, tak salah kita beralah dengan kawan kawan for the sake of the friendship. Sooner or later they will realise our sincerity :) InshaAllah

3. Menegur dengan lembut

Manusia tak sempurna. Sudah tentu kawan kawan korang yang panas baran ni pun ada melakukan kesalahan.Lumrah mereka yang panas baran adalah sukar untuk menerima teguran atas kesalahan yang mereka lakukan. Tapi taakpa :) Be strong friends. Jika anda kelakuan mereka yang tidak anda senangi, cuba untuk tegur sebaik dan selembut mungkin. Jadikan teguran sebagai satu teguran yang paling berhikmah agar kemarahan mereka tidak berpanjangan. Or else, kita boleh guna reverse psikologi! Nak tahu cara cara reverse psikologi yang terbaik, inshaAllah nanti penulis terangkan dalam entri seterusnya okay :P

4. Tidak perlu dilayan
Kalau mereka masih susah ditangani, jangan layan amarahnya. Jangan sesekali melawan atau jangan cuba memujuk. Biarkan mereka reda sendiri dan beri masa untuk mereka berfikir secara lebih rasional. Andai korang yang kena marah, endahkan segala kata-katanya. Lambat laun, okaylah tu ! :) Jangan cuba untuk keruhkan lagi keadaan. Sobbarul Minnal Iman kan ? ;)

5. Bersiap sedia
Haaaa kalau dah tahu yang kawan kawan korang tu jenis yang panas baran, bersedia dari awal. Tahu apa yang patut anda lakukan ketika berhadapan dengan mereka. Well, apa kata pepatah? SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

6. Jauhkan diri
Kalau keadaan menjadi lebih serius sehingga mereka menaikkan tangan ke muka anda, TOLONG JAUHI MEREKA. Ajar mereka untuk tahu menghormati orang lain dan tidak bertindak mengikut perasaan.

P/s: For those yang panas baran, just calm down and learn to respect people around you. Okay?

Salam sayang,
PENULIS

No comments:

Post a Comment