Nak belajar mengaji bukan senang.
Kena rajin gigih.
Kena tahan dengan kegarangan ustaz.
Kena tahan dengan usaha syaitan nak elakkan kita dari pergi mengaji.
KENA SABAR.
Nak belajar mengeja membaca menulis bukan senang.
Kena tahan dengan homework banyak.
Kena siapkan homework tadika dulu sebelum keluar main dekat padang.
KENA SABAR.
Nak amik UPSR bukan senang.
Nak amik senang, datang sekolah duduk jawab paper.
Tapi untuk membolehkan kita dapat jawab paper tu yang susah.
Kena hafal sifir.
Kena hafal itu, hafal ini.
KENA SABAR.
Nak amik PMR pun tak mudah.
Semua ilmu kena tadah.
Bagi masuk otak tu sampai tak sudah.
Tapi masih,
KENA SABAR.
Nak jawab SPM lagi tak senang.
Orang kata SPM penentu masa depan.
Orang kata gagal SPM, gelap masa depan.
Orang kata gagal SPM, lesap cita cita.
Ehm orang itu siapa?
Dan, takdir manusia siapa punya kerja?
KENA SABAR, KENA TABAH
sekarang, alam universiti?
Asasi, Diploma tak kiralah apa pun.
Dah lepas SPM, gusar hati fikir nak sambung apa.
Matriks ke?
Form 6 ke?
Asasi ke?
Diploma ke?
Lepas stage ni apa lagi?
Fikir pulak degree apa?
Perancangan masa depan takkan pernah habis.
Lumrah manusia sentiasa ingin merancang.
Lumrah manusia yang akan kecewa andai kecundang.
Lumrah manusia yang sering terlupa akan satu hakikat.
Hakikat yang kita hanya mampu merancang tapi Dia, Yang Maha Esa akan tentukan.
All the best :)
No comments:
Post a Comment