March 03, 2013

Kehebatan berdoa

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malikat menghadap Allah SWT dan bertanya ;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"

Lalu, Allah menjawab dengan singkat

"Kerana belum dipaku"

Lantas para malaikat bertanya lagi

"Lalu, bagaiman Engkau memaku bumi ini Wahai Rabb?"

Allah menjawab

"Aku akan menciptakan gunung ganang"

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan Bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar kerana setelah diciptakan gunung-ganang, Bumi pun diam berputar sesuai di atas paksinya. Maka kemudian, gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, para malaikat bertanya lagi ;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

Allah menjawab

"Ada! Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi"

Lalu, malaikat terus bertanya

"Adakah yang lebih kuat dari api, Ya Rabb?"

Allah terus menjawab

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api"

Sambung malaikat

"Ya Rabb, maka adakah yang lebih kuat dari air?"

Allah tetap menjawab

"Ada! Yakni angin yang mampu menghembus dan membawa air ke mana sahaja dengan hembusannya'

Para malaikat masih terus bertanya

"Wahai Ya Rabb, oleh itu adakah lagi yang lebih kuat dari semua itu?"

Lalu, Allah menjawab

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya berdoa itu mampu mengubah takdir-Ku

Demikian Allah menjelaskan

Kita dapat lihat kawan-kawan, betapa besarnya kuasa doa. Cuma, kita yang kadang kala alpa dengan kelebihan yang telah Allah kurniakan. SubhanaAllah ;')

No comments:

Post a Comment