March 03, 2013

Uhibbuki Fillah :)

Ehem ehem, Assalammualaikum

Okay hari ini, kita bakal berbicara tentang Uhibbuki Fillah :) Sebenarnya penulis baru tahu maksud sebenar perkataan ini tadi . (Sila tepuk) Hahaha. Selama ini hanya nampak perkataan ini berlegar sekitar TL tetapi bukan di minda penulis.

So. tangan penulis mulalah menjajau menGoogle tentang apa maksud sebenar 'Uhibbuki Fillah' Diharap agar entri ini dapat membantu rakan-rakan yang mungkin masih tidak tahu mengenai Uhibbuki Fillah, TADI :')

Maksud Uhibbuki Fillah secara literal ialah 'Mencintaimu Kerana Allah'. Namun kebanyakan dari kita hanya mampu mengungkap maksud itu secara zahir tetapi tidak mendalami sehingga ke lubuk hati (Ecehhh :P)

Frasa Uhibukki Fillah boleh digunakan dalam pelbagai jenis hubungan. Persahabatan, percintaan & kekeluargaan. Tapi tapi tapi, hari ini penulis fokuskan kepada PERSAHABATAN :') 

"Tak fahamlah!"

Haha okay. Maksud penulis, apabila kita gagal untuk mendalami maksud sebenar frasa ini, maka muncullah beberapa masalah dalam berukhwah :) Contohnya ;

Cemburu

Penulis faham, rasa cemburu adalah fitrah dalam hati manusia. Manusia mudah cemburu dengan kesenangan dan kelebihan manusia lain. Bila bestfriend kita ada kawan baru, mulalah pandang senget, buat muka, mencebik, merajuk, meraung, melolong and etc. Tetapi jika difikirkan kembali, PERLUKAH KITA MERASA SEDEMIKIAN?

"Cemburu tandanya sayang Chedddd. So aku tak payah sayang kawan aku lah?" (muka bengang)

Haha! Bukan. Berkasih itu perlu namun masih ada hadnya. Ini tidak, kita sekarang ini sayang sangat sehingga terpacul lafaz "Dia milik aku" atau yang lagi extreme "Dia hanya untuk aku"
Cuba kita fikir balik, siapa pencipta manusia? Siapa pencipta kita? Siapa pencipta rakan baik kita? Allah kan? :) Jadi, hanya Allah yang layak memiliki manusia.

"Orang orang yang beriman tidak akan cemburu apabila sahabatnya menjalinkan ukhwah dengan sahabat yang lain"

Betul ! Sebab kita semua bersaudara. Tidak perlu rasa jealous and so on bila bestfriend korang mula berkawan dengan orang lain. Manusia memerlukan antara satu sama lain. Manusia juga diciptakan sebagai makhluk penyayang jadi kenapa nak susahkan hasut hati untuk jadi seorang yang membenci seorang yang lain. 

Penulis sendiri pernah mengalami kejadian yang sama. Waktu penulis di tingkatan empat, penulis berkawan rapat dengan A. Persahabatan berjalan dengan lancar dan gembira. Pada bulan persahabatan kami, B melangkah masuk ke kelas kami buat pertama kali. Bermula dari hari itu, persahabatan penulis dan A seakan-akan renggang. Kami jarang berbual & berkongsi masalah seperti dulu. A lebih rapat dengan B berbanding penulis. Huh, penuh diary penulis membebel pasal A. Satu hari, penulis terbaca satu potongan ayat AlQuran yang membawa maksud;


"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" - Al Hujuraat : 10

Lantas, penulis tersedar, penulis tidak memiliki A secara mutlak. A bukan milik penulis sepenuhnya. A available untuk orang lain. Bermula dari hari itu, penulis cuba pujuk hati untuk tidak rasa cemburu pada B. Penulis percaya A masih sayangkan persahabatan kami tetapi mungkin dia sedikit bosan dengan penulis. Haha.

"Jangan merancang untuk menjatuhkan orang yang lebih baik dari kita. Sebaik-baiknya, kita kaji kelemahan kita dan cuba untuk menjadi lebih baik dari mereka"

Penulis redha dan sabar. And, you know what? It worth it :) Satu hari A datang dan minta maaf pada penulis kerana tidak menghiraukan dan menyingkirkan penulis untuk beberapa BULAN ._. Haha . Time tu penulis watlek, watkoool :P Dan Alhamdulillah, persahabatan kami masih kukuh sehingga ke hari ini :) 

Hihi. Selesai sudah sedikit contoh untuk korang korang :') Semoga dapat membantu!
Jaga sahabat baik baik :') Mereka sangat berharga. 
TETAPI INGAT !
Cintai mereka kerana Allah :')

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment